ally's FotoPage

By: ally relax

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Wednesday, 12-Mar-2008 20:35 Email | Share | | Bookmark
Thaipusam 2008 @ Jln. Dato Keramat, Penang.

Thaipusam??? Mmg biase kite dgr & boleh dikatekan semua dikalangan rakyat M'sia tau. Bile je Thaipusam semua org suka, tak kira ape bangsa sekali pon, sebabnye hari tu hari cuti umum,hehehe.Sape yg tak suke cuti,betol tak??? Tp ramai jugak yg tak tau kenape ia diraikan...Hmm dari zaman sekolah lg sampai la 'time' keje sy mmg tak penah nak amek tau pasal Thaipusam. Yg sy tau, hari tu cuti, so tido je kat umah & hari Thaipusam hanya utk org India yg beragama Hindu.Ni la 1st time dlm idup sy join Thaipusam. Bukan la ikut ape yg depa buat, just dtg utk shoot. Tu pon sbb kwn2 photographer yg ajak. Selain daripada mengumpul koleksi gambar, dpt jugak tingkatkan 'shooting skill'. Maklom je la, semangat makin berkobar-kobar lepas beli camera baru. So, dgn perasaan yg teruja, sy try bwk 2 body camera utk dptkan imej yg berlainan. Sy amat b'puas hati dgn hasilnye.Memang menarik rupenye perayaan yg ade kat M'sia ni, cuma kite je yg tak tau sbb kite tak pernah nak amek tau, btol tak??? Bile dah tgk ape yg depa buat 1 hari suntuk, baru la tau akan adat budaya & resam penganut agama Hindu. Alhamdulillah, dpt lg 1 pengalaman yg menarik dlm idup ni    Pd member2 yg ade camera tuh, tak guna simpan camera yg mahal tu kalo tak gunakan utk amek gambar2 yg best . Pasni leh join kami shoot bile outing yg akan datang. Insyallah...    >>> Bro Jijan , (hang mmg best & sempoi la) sbb ajak aku lepak kat umah malam sebelum kami pi shoot & for some tips to get better image...(*Semangat punye pasal sampai tido umah Jijan. Pepagi dah bangun nk g shoot. Huh, sggh ajaib sbb aku leh bgn awal hehehe.)   >>> Bro Azmean, you are great la bro. Hang mmg banyak membantu aku utk dpt gambar2 yg best. Style photo journalisme. Bnyk idea hang yg best2 & aku dah cuba praktikkan. Lain kali bile hang free kite outing lg yeah... >>> Bro Sham, walaipun hang lambat aku tetap tunggu hang sampai dah nak tertidoq atas moto hahaha. Thanx for coming bro. We try to plan another outing yeah...   Venue: Jalan Dato' Keramat, PenangShoot with some of my photographer clens:Jijan- http://romantis.fotopages.com @ http://www.romantis-studio.com[color=green]Mean[/color]- http://undertree.fotopages.com[color=brown]Sham[/color]- http://shamwalker.fotopages.com


























Wednesday, 12-Mar-2008 20:25 Email | Share | | Bookmark
Chinese New Year 2008 @ Kek Lok Si Temple, Penang.









Wednesday, 13-Feb-2008 11:20 Email | Share | | Bookmark
Dataran BP.









Tuesday, 12-Feb-2008 10:34 Email | Share | | Bookmark
Tanya Hasnuddin- Letak Harga & Pose Pengantin

Dapatkan info & tips fotografi secara percuma di sini: http://fototeacher.com/blog


SOALAN

Saya Ally, bekas peserta kursus Asas Fotografi Digital @ fototeacher.com. Saya ada 2 pertanyaan:

1) Bagaimana untuk meletakkan harga bagi perkhidmatan merakam gambar majlis makan malam?
2) Bolehkah berikan saya tips untuk berkomunikasi dengan pasangan pengantin supaya mereka boleh memberikan pose yang menarik untuk saya merakam gambar potret mereka?

Terima kasih.

Ally,
Batu Pahat, Johor.


JAWAPAN:

Ally,

Terima kasih atas soalan anda.

Cara meletakkan harga perkhidmatan ni panjang ceritanya. Tapi, saya ringkaskanlah di sini:

-Kira kos material yang digunakan (cetakan gambar, album dan sebagainya.
-Kira kos perkhidmatan berdasarkan jumlah masa yang terlibat (khidmat jurugambar, jumlah masa untuk berjumpa pelanggan, jumlah masa untuk berulang alik ke kedai gambar dan sebagainya)
-Setelah dapat berapa jumlah kos yang terlibat, mark-up harga supaya dapat untung. Berapa banyak nak mark-up bergantung kepada beberapa perkara lain. Tapi, yang penting sekali, anda boleh dapat job tersebut dan dapat untung yang anda rasakan berbaloi.
-Selain dari itu, pastikan juga anda mendapat bayaran! Sebaiknya, minta sedikit down payment dan full payment semasa semua gambar telah dihantar.


Untuk berkomunikasi dengan pengantin bagi mendapatkan pose yang baik, tips yang saya boleh berikan ialah:

Jurugambar mesti terlebih dahulu study apakah pose yang sesuai untuk merakam gambar potret pengantin
Sebelum jurugambar menenangkan dan memberikan keyakinan kepada subjek, jurugambar terlebih dahulu mestilah kelihatan tenang dan berkeyakinan. Kalau jurugambar nak suruh subjek senyum, jurugambar mestilah mengungkapkannya dalam senyuman juga.

Berikan masa yang mencukupi untuk subjek bertenang
Untuk berikan keyakinan kepada subjek, anda perlu memberikan sedikit tunjuk ajar cara untuk pose dan anda perlu puji subjek anda. Zaman digital ni lagi senang, bila anda dah shoot gambar subjek anda, tunjukkan gambar mereka dan katakan bahawa mereka kelihatan cantik dalam gambar dan katakan bahawa, dengan sedikit pengubahsuaian lagi, mereka akan kelihatan lebih cantik.
Untuk memberikan mood yang baik kepada pengantin, anda perlu pujuk mereka jika mereka dalam keadaan gelisah atau marah. Katakan seperti ini - “Lupakanlah perkara tu…kita nak ambik gambar potret ni. Kalau anda marah-marah, nanti gambar tak cantik. Gambar ni nanti anak cucu nak tengok…”
Jangan paksa kalau pengantin tidak boleh buat pose tertentu yang sukar. Rakam saja sebarang pose yang mudah asalkan subjek anda rasa selesa dan natural.
Kalau pengantin kekok, terus saja rakam gambar beliau walaupun tak cantik. Setelah beberapa ketika, beliau akan mula berasa selesa dan dapat memberikan pose yang lebih natural.
Komunikasi jurugambar dengan subjek memang sangat penting untuk rakaman gambar potret. Jurugambar yang rapat dengan subjek boleh menghasilkan gambar yang lebih bersahaja. Jurugambar yang ceria akan menghasilkan gambar potret subjek yang ceria.

Untuk memastikan komunikasi yang baik, kenalilah subjek anda dengan sebaiknya. Datang awal ke majlis dan berbual dulu dengan pengantin agar anda saling mengenali. Lebih baik kalau anda dapat jumpa subjek anda sebelum majlis perkahwinannya.


Itu saja tips ringkas yang dapat saya berikan. Kalau ada masa, saya akan tulis lebih terperinci dalam blog ini nanti.

Hasnuddin



[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net